journey of life

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 19, 2018

lelah

tiada siapa yg tahu penat lelah seorang surirumah sepenuh masa...melainkan dia sendiri merasa keadaan sebenar. ye, dia boley pilih bila utk buat semua benda. tapi... ade ke antara kita yg lihat anak lapar sbb dia lambat masak. ade ke yg bantu utk lap lantai jika lampin anak bocor. ade ke yg boley angkat kain di jemuran bila hari hujan. yg masak...yg mandikan anak.. yg hntr anak ke sekolah...yg ajar anak di rumah...tgk buku anak2.. byk lagi... tak perlu diceritakan. lihat lah dgn mata hati pengorbanan seorng isteri dan ibu.

kerana Allah syg kan kita, Allah beri kita semua tugas dan tanggungjwb serta ujian. tapi siapa lah kita   sendiri yg punya kudrat tidak sebyk mana. mendidik anak bukan satu tugas yg mudah, kdgkala kesabaran diuji. ketabahan dicabar. sabarlah hati, tahan lah badan... terima kasih sebelah hati, sudi ditumpang hiba..diadu nasib..

moga tak pernah jemu mengelap air mata ini, moga tak pernah jemu buat diri tersenyum. kerana hanya padamu letak syurga ku .hingga akhir hayat..sudilah meneman ku , ke mana shj kaki melangkah. Terima kasih ya Allah, Kau berikan yg terbaik untukku. i love u encik suami.

Tuesday, July 24, 2018

Rindu Mengarang

Tak sangka ye..dah 5 tahun tak mengarang sesuatu. Ternyata post semalam dapat menghilangkan sedikit stress. 😽 Benar...Dia telah menciptakan pasangan hidup utk meluah rasa, namun jgn pula lupa hanya Dia satu tempat mengadu siang dan malam yg tak pernah lepas pandang pada kita hambaNya..dan hanya Dia yg mampu merubah hati dan fikiran manusia hambaNya yg lemah.

Tujuan kembali berblog hanya utk suka-suka, mengarang sesuatu sebagai coretan atau kenangan utk diri sendiri atau sesiapa shj yg sudi membaca..mungkin kesayangan hati..(yg mungkin dh lupa kewujudan blog ni). Maklum lah, zaman sekarang nih, semua lebih suka meluahkan rase..menghentam sesuka hati..di media sosial. Mengarang utk tatapan umum tanpa berfikir byk kali sensitiviti org lain memang kdg2x mendatangkan kecaman dan masalah. Semakin ramai yg mengecam org lain sesuka hati, tak kurang juga..tak berfikir waras sebelum mengarang apa yg di post kan. BAHAYA. Soal dosa.. ntah la..kita doakan yg baik2x shj utk semua.

Belum lagi kiki video yg viral ntah ape lagi semua kejadah itu. Tengok boleh, tiru jgn. Pada kita yg masih boleh berfikir waras dan panjang, boleh lah...yg baik jadi teladan, yg buruk jadikkan sempadan. Walaupun kadang-kadang ade yg tewas..ampunkan den Ya Allah. kadang-kadang ade jgk main TikTok utk suka2x. Tapi bila tgk video yg di upload anak gadis menari ghairah,  Ya Allah mmg takot. Sedangkan aku yg perempuan pon katekan seksi, macamana lah mata lelaki. 😭. Bukan mengarang utk berlagak baik, tapi inilah yg terbuku di hati. Memang mereka anak-anak lagi, tak dpt berfikir panjang, tapi salah tetap salah. bila tiba terfikir ke hal anak-anak yg bakal membesar dgn pengaruh rakan..pelbagai media lagi, kadang-kadang jadi fobia rasanya. Ya Allah tolong lindungi anak-anakku dari semua pengaruh yg membawa kesesatan. Jangan lah Engkau lekakan kami dgn permainan duniawi. Pelihara lah kami dari sebarang perkara mungkar yg Engkau tidak redhai. Luaskanlah pandangan dan hati kami utk melihat ke arah jalan kebaikan, sesungguhNya engkau Maha Berkuasa atas apa yg dikehendaki ke atas hamba-hambaMu dan hanya kepada Mu lah tempat kami berlindung.

Mungkin aku insan yang selalu alfa tentang diri Mu, jarang menyebut namu Mu, berzikir sekadar lalu. Ampunkan aku Ya Allah, sememangnya terlalu banyak dosa sepanjang hidupku. Namun, dalam hati ini sentiasa meminta hanya yg baik2x utk ibu ayah, suami dan anak-anakku, dan diri tak tahu malu ini sentiasa mengharapkan syurga Mu. Diri ini memang kerdil...

Monday, July 23, 2018

Anugerah pertama

Sesungguhnya kehidupan bukan la sentiasa seindah pelangi..adakalanya mendung berterusan berhari-hari. teringin rasa hati meluahkan...sekadar terungkap dlm hati sekian lama. Kehadiran yg pertama adalah satu sejarah, satu permulaan baru dlm hidup, satu anugerah tak ternilai yg memberi makna dlm hidup..Muhammad Harraz bin Rahimy. Mengajar aku erti gelaran mama itu amat tinggi darjatnya setaraf dgn pengorbanan sepanjang hayatnya.  

Untuk Muhammad Harraz bin Rahimy... Kebelakangan ini...seringkali hati ini menyalahkan diri..di mana kekurangan dlm mendidik mu..adakah kurang kesabaran dan usaha mama utk jadikkan kamu yg terbaik utk dunia dan akhirat..sayang? Maafkan mama jika ada hari mama berkasar dgn Harraz. Ye..mama tahu..semuanya mmg salah mama. Memang kamu anak yg istimewa utk mama. Percaya lah kamu yg paling istimewa di mata mama. Sejauh mana ..mama marah kamu...kamu tak pernah putus utk syg mama dgn cara kamu.

Terima kasih kerana sentiasa sygkan mama. Doa sepanjang hayat mama utk Harraz akan jadi insan yg sentiasa jaga solat, rajin baca quran, di sygi semua orang dan berjaya dunia dan akhirat. Terima kasih atas segala doa-doa Harraz utk mama dan papa, usaha menjadi terbaik dalam kelas, usaha utk jadi anak yg baik, usaha utk jadi abg yg baik.

Kamu bijak syg...mama bangga punya anak seperti kamu. Tapi ada masanya..kita perlu ingat..ada yg lebih besar Maha Agung Pencipta kita...selalulah titipkan zikrullah utk menghidupkan hati. Jangan sekali berbangga diri...sentiasalah tunduk dan rendah diri. Sekiranya ada masa kita diuji, mungkin mama juga kadang terlupa akan panduan hidup yg ada dlm al-quran dan sujud mengadulah pada yg Allah yg Maha Esa. Mama syg Muhammad Harraz bin Rahimy..sentiasa dalam hati mama. Terima kasih kerana hadir dalam hidup mama dan mengajar mama tentang kehidupan.