journey of life

Daisypath Anniversary tickers

Monday, July 23, 2018

Anugerah pertama

Sesungguhnya kehidupan bukan la sentiasa seindah pelangi..adakalanya mendung berterusan berhari-hari. teringin rasa hati meluahkan...sekadar terungkap dlm hati sekian lama. Kehadiran yg pertama adalah satu sejarah, satu permulaan baru dlm hidup, satu anugerah tak ternilai yg memberi makna dlm hidup..Muhammad Harraz bin Rahimy. Mengajar aku erti gelaran mama itu amat tinggi darjatnya setaraf dgn pengorbanan sepanjang hayatnya.  

Untuk Muhammad Harraz bin Rahimy... Kebelakangan ini...seringkali hati ini menyalahkan diri..di mana kekurangan dlm mendidik mu..adakah kurang kesabaran dan usaha mama utk jadikkan kamu yg terbaik utk dunia dan akhirat..sayang? Maafkan mama jika ada hari mama berkasar dgn Harraz. Ye..mama tahu..semuanya mmg salah mama. Memang kamu anak yg istimewa utk mama. Percaya lah kamu yg paling istimewa di mata mama. Sejauh mana ..mama marah kamu...kamu tak pernah putus utk syg mama dgn cara kamu.

Terima kasih kerana sentiasa sygkan mama. Doa sepanjang hayat mama utk Harraz akan jadi insan yg sentiasa jaga solat, rajin baca quran, di sygi semua orang dan berjaya dunia dan akhirat. Terima kasih atas segala doa-doa Harraz utk mama dan papa, usaha menjadi terbaik dalam kelas, usaha utk jadi anak yg baik, usaha utk jadi abg yg baik.

Kamu bijak syg...mama bangga punya anak seperti kamu. Tapi ada masanya..kita perlu ingat..ada yg lebih besar Maha Agung Pencipta kita...selalulah titipkan zikrullah utk menghidupkan hati. Jangan sekali berbangga diri...sentiasalah tunduk dan rendah diri. Sekiranya ada masa kita diuji, mungkin mama juga kadang terlupa akan panduan hidup yg ada dlm al-quran dan sujud mengadulah pada yg Allah yg Maha Esa. Mama syg Muhammad Harraz bin Rahimy..sentiasa dalam hati mama. Terima kasih kerana hadir dalam hidup mama dan mengajar mama tentang kehidupan.

No comments:

Post a Comment